KUALA LUMPUR: Ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu. Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia. Keadaan sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South dan diramal berterusan sehingga Sabtu. Perairan berkenaan termasuk dalam 19 kawasan yang dilanda jerebu di negara ini setakat 9 pagi dengan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101. - BERNAMA