KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku pagi Khamis, 243 kilometer dari barat daya Bandar Lampung, Sumatera dan 890 kilometer dari selatan Pontian, Johor. Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan. - BERNAMA