KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dibenarkan untuk mencabar arahan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen supaya beliau dihalang berlepas ke luar negara. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad memberi kebenaran bagi semakan kehakiman. Pua mahu Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan arahan tersebut dengan mengisytiharkan ia sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang. Bercakap kepada pemberita di sini Khamis, peguam Pua, Gobind Singh Deo berkata mahkamah tersebut menetapkan 15 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi semakan kehakiman substantif. Jelas beliau mereka akan memfailkan dokumen untuk pendengaran merit permohonan tersebut. Pemohon yang namanya, Pua Kiam Wee, menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan kerajaan sebagai responden.