suria

Bekas Model Dibicara Januari 2016

Persana akan dibicarakan pada Januari 2016.

KUALA LUMPUR: Bekas model, Persana Avril Sollunda yang didakwa kerana berbogel di khalayak ramai di Jalan Petaling akan dibicarakan pada Januari 2016.

Tertuduh dari kaum Kadazandusun itu hadir di Mahkamah Majistret pada Selasa apabila pihak pendakwaan mengemukakan bukti terhadapnya.

Persana, 33 yang mengenakan baju hitam ketika dihadapkan ke mahkamah tampil tenang sepanjang prosiding itu.

Peguamnya, Kevin Tan memberitahu mahkamah, tarikh perbicaraan ditetapkan pada 11 hingga 13 Januari depan.

Persana didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh kerana membuka pakaian di tempat awam pada 23 April kerana gagal melangsaikan bil sebanyak RM18 selepas menikmati hidangan di kedai nasi ayam di Jalan Petaling.

Perbuatan tidak senonohnya dirakam dan video berkenaan menjadi viral di media sosial.

Artikel Lain