GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff kematian isteri dan anak perempuan sulungnya hari ini akibat sakit. Yussof, bekas setiausaha politik kepada ketua menteri pertama Pulau Pinang Tan Sri Wong Pow Nee, berkata isterinya Puan Sri Datin Hajjah Aishah Ismail, 81, mengalami strok, sementara anak perempuannya itu, Azizah, 56, meninggal akibat kanser payu dara. "Ini ujian paling berat buat saya. Saya menerima ujian dan kehendak Allah ini, dan saya mohon diberi ketabahan," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin. Aishah menjadi teman hidup beliau selama 57 tahun. Sementara itu, Yussof berkata beliau terkejut menerima awal pagi ini berita kematian Azizah yang tinggal di United Kingdom selama 20 tahun lepas. Yusoff berkata persiapan membawa pulang jenazah Azizah masih tidak pasti, ketika anggota keluarga sibuk menguruskan jenazah Aishah. Aishah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Perak.