suria

Dr Mahathir Tak Sihat, Pelancaran Buku Zaid Ibrahim Ditunda

KUALA LUMPUR: Majlis pelancaran buku hasil tulisan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dijadualkan pada pagi Isnin terpaksa ditunda atas faktor kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu utama.

Bekas perdana menteri itu dijadual menyempurnakan majlis pelancaran buku 'Assalamualaikum - Observations On The Islamisation Of Malaysia' yang sepatutnya di Royal Lake Club di sini pada pagi Isnin.

"Maaf, majlis pagi ini ditunda, Tun Dr Mahathir tidak sihat, dia batuk-batuk," katanya ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin.

Ditanya mengenai tarikh baharu bagi majlis berkenaan, Zaid berkata, perkara tersebut masih belum ditetapkan.

"Belum tahu bila lagi. Tunggulah, nanti kita beritahu," tambahnya.

Jumaat lalu, Zaid menerusi kenyataan mengenai penundaan majlis itu di akaun Facebooknya berkata, orang ramai masih boleh mendapatkan buku berkenaan di pasaran.

"Pelancaran buku saya yang dijadualkan pada 26 (Oktober) Isnin telah ditunda ke tarikh lain.

"Tetapi anda boleh mendapatkan buku 'Assalamualaikum' di kedai-kedai buku sekarang," kata Zaid di Facebook.

Zaid Ibrahim, Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Lain