suria

Jerebu: Hanya Pasir Gudang Catat IPU Tidak Sihat

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih dengan hanya kawasan Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 108 setakat 9 malam Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 30 lagi IPU sederhana. 

Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Port Dickson (71); Tanjung Malim (52); Seberang Jaya 2, Perai (58); Shah Alam (65); Pelabuhan Klang (71); Kota Kinabalu (57) dan Sibu (62). 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Artikel Lain