Shafruddin berkata tindakan menunaikan solat hajat untuk keselamatan pengguna lebuhraya itu sangat mulia tetapi ia perlu dilakukan di tempat yang sesuai dan bukan di tempat yang boleh membahayakan nyawa mereka yang menunaikannya.
Shafruddin mengulas mengenai gambar sekumpulan pelajar sekolah menengah sedang solat di lorong kecemasan lebuhraya itu yang menjadi viral.
Difahamkan sekolah itu menganjurkan solat hajat pada Ahad.
Beliau mencadangkan pihak berkuasa sekolah mengadakan solat hajat seperti itu di kompleks lebuhraya seperti yang pernah dianjurkan sebelum ini.