Presiden KTM Bhd Lt Kol (B) Sarbini Tijan pada Isnin mengumumkan bahawa tambang perjalanan akan meningkat sebanyak 4 sen setiap kilometer bagi laluan Tanjung Malim-Sungai Gadut dan Batu Caves - Pelabuhan Klang.
Tambang KTM Komuter tidak pernah dinaikkan sejak Februari 2003.
Sarbini berkata pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa yang menaiki komuter akan menikmati diskaun 50 peratus ke atas tambang.
Sarbini berkata walaupun dengan kenaikan tambang, syarikat keretapi itu masih tidak mampu untuk menampung kos operasinya.
"Untuk pulangan modal, kita seharusnya mengenakan caj 20 sen bagi setiap kilometer.
"(Bagaimanapun) Kerajaan hanya meluluskan tambang yang ditetapkan pada kadar 15 sen bagi setiap kilometer," kata Sarbini.
Kos selebihnya, adalah subsidi oleh kerajaan.