KUALA LUMPUR: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diteruskan seperti yang dirancang jika jerebu atau banjir kembali melanda memandangkan Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan untuk menghadapi situasi itu. Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata adalah 'penting' untuk SPM dan STPM diteruskan. "Kita (Kementerian Pendidikan) bekerjasama rapat dengan semua agensi terlibat seperti polis, tentera, Rela, Bomba dan Penyelamat dan lain-lain pihak," katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Aminuddin Baki pada hari pertama peperiksaan SPM, Isnin, . "Ini bukan kali pertama, kita sentiasa bekerjasama dengan mereka," katanya. Kamalanathan berkata beliau gembira apabila hanya dua atau tiga lokasi di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pada Isnin. Beliau menambah jika IPU mencapai tahap yang tidak sihat, kementerian akan menyediakan topeng muka kepada calon peperiksaan dan pengawas yang bertugas. "Kita sama sekali tidak bercakap mengenai penangguhan peperiksaan ecuali (IPU) mencecah 500, di mana ia dianggap kecemasan," katanya. Untuk kes banjir, Kamalanathan berkata kementerian telah menyediakan 'Ops Payung', khusus bagi negeri-negeri yang sering dilanda banjir. "Sebagai contoh, jika banjir berlaku di tingkat bawah, kita akan mengubah peperiksaan (bilik) ke tingkat yang lebih tinggi," katanya. Kira-kira 440,000 calon SPM dan 45,000 calon SPTM seluruh Malaysia mula menduduki peperiksaan pada Isnin.