suria

Penyerang Di Paris Pengecut - GMM

PETALING JAYA: Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggelar semua pihak yang terlibat dalam serangan bom di Paris yang mengorbankan sekurang-kurangnya 128 nyawa sebagai pengecut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasharudin Mat Isa berkata, membunuh orang awam yang tidak bersenjata untuk apa juga sebab adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Kami mengutuk serangan di Paris, juga serangan terhadap orang awam di seluruh pelusuk dunia termasuk Syria," katanya.

Beliau memberi maklum balas susulan laporan serangan di enam lokasi di Paris pada Jumaat 13 November yang mengorbankan sekurang-kurangnya 128 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.

Nasharudin berkata, pihak berkuasa seharusnya melaksanakan siasatan sercara telus untuk mengesan pihak bertanggungjawab.

"Mendakwa pihak tertentu bertanggungjawab tanpa sebarang bukti juga adalah salah satu bentuk fahaman pelampau," katanya. 

Kata Nasharudin, kebenaran perlu dicari untuk menegak kebenaran tanpa menolak mana-mana pihak yang mungkin terlibat dalam serangan itu.

Sehubungan itu, katanya, kesedaran mengenai ancaman pengganas itu sesuatu yang perlu dan ia wajar dijadikan antara agenda nasional.

Paris, GMM

Artikel Lain