suria

Malaysia, India Kerjasama Tumpas Ekstremisme

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Perdana Menteri India Narendra Modi selepas sidang media bersama rakan sejawatnya dari India itu di Bangunan Perdana Putra, Isnin. 
-fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan India akan bekerjasama untuk menumpaskan ekstremisme dan keganasan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang akhbar bersama-bersama Perdana Menteri India Narendra Modi selepas mengadakan perbincangan dua hala di sini hari ini, Najib berkata Malaysia dan India berkongsi matlamat dalam memerangi ekstremisme dan keganasan.

"Kami menjangka untuk menangani keganasan dan bekerjasama rapat untuk menumpaskan ekstremisme dan keganasan," katanya.

Mengakui India mempunyai industri pertahanan yang sangat dinamik dan kuat, Najib berkata kementerian berkaitan di Malaysia dan India akan membincangkan kemungkinan untuk mengembangkan hubungan bidang pertahanan dan keselamatan dua hala.

Sementara itu, Modi berkata beliau amat menghargai kerjasama keselamatan dengan Malaysia kerana ia menggariskan komitmen bersama untuk menangani cabaran keselamatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain