Perkara itu dimaklumkan peguam Honey Tan Lay Ean, yang mewakili Maria, 59, ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Tan turut memohon penangguhan prosiding kes itu sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Tinggi selesai dan ia tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
Mahkamah kemudiannya merekodkan permohonan itu dan menetapkan 29 Februari tahun depan untuk pengurusan kes.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Tan ketika ditemui pemberita berkata anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu atas alasan ia tidak berpelembagaan dan terbatal.