suria

Adun DAP Digantung, Sifatkan Bajet Sarawak Seperti Akaun David Copperfield

Chong Cheing Jen.

KUCHING: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Cheing Jen digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa kerana menyifatkan Bajet Sarawak seperti akaun ahli silap mata David Cooperfield.

Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas menerima usul yang dikemukakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menggantung Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak setelah beliau enggan manarik balik rujukannya kepada bajet negeri sebagai perakaunan David Copperfield.

Terdahulu semasa mencelah ucapan penggulungan Wong, Chong berkata bajet negeri adalah defisit tetapi secara magis bertukar menjadi bajet lebihan seperti  apa yang dipanggil juruakaun profesional sebagai akaun kreatif dan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.

Disoal sama ada beliau bermaksud bajet yang dibentangkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem minggu lalu sebagai ilusi, Chong enggan mengaku tetapi bertegas dengan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.

Mohamad Asfia kemudiannya membuat undian untuk menggantung Chong dengan 32 Adun menyokong, 12 orang menentang dan seorang berkecuali.

Esok (Rabu) merupakan hari terakhir persidangan Dewan. - BERNAMA

DAP, Chong Cheing Jen, Bajet Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan