suria

Diikat Di Pokok Lepas Curi Coli

Suspek diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.

SUNGAI PETANI: Penduduk kampung yang marah dengan tindakan seorang lelaki yang mencuri coli dan seluar dalam wanita di Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, di sini bertindak mengikat suspek pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.

Terdahulu, suspek dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dalam keadaan mencurigakan pada waktu tengah hari sebelum ditahan ketika sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita dari beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata beberapa lelaki menahan suspek dan menjumpai sejumlah coli dan seluar dalam milik penduduk di dalam baldi yang dibawanya.

"Kami hairan kerana pakaian tersebut hilang dari jemuran dan tidak menjangka lelaki yang muncul baru-baru ini adalah seorang pencuri," katanya.

Penduduk kampung tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar di media sosial sejak Khamis.




curi coli, seluar dalam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain