suria

Rakyat Tak Minat Pembantu Rumah Bangladesh

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Rakyat Malaysia masih ragu-ragu untuk mengambil pembantu rumah warga Bangladesh kerana bimbang mengenai soal kebersihan dan masalah komunikasi.

Pengurus bank, Tengku Noraini Ahmad, 52, yang sedang mencari pembantu rumah kedua berkata kekurangan latihan dan perbezaan bahasa boleh menjadi masalah utama untuk mengambil pembantu rumah Bangladesh.

"Bahasa Indonesia mempunyai sedikit persamaan dengan Bahasa Malaysia dan kebanyakan warga Filipina boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, jadi ia lebih mudah untuk mengambil pembantu rumah dari kedua-dua negara itu.

"Tenaga buruh mungkin murah tetapi saya hanya mempertimbangkan untuk pembantu rumah Bangladesh jika mereka diberi latihan sewajarnya," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Jumaat.

Namun, katanya, pembantu rumah Bangladesh kelihatan sukar untuk melarikan diri kerana negara asal mereka agak jauh berbanding Indonesia dan Filipina.

Pengurus Pemasaran P.Anjali berkata pembantu rumah dari mana-mana negara boleh diterima dengan syarat mereka berupaya melakukan kerja dan menjaga kebersihan diri.

"Ibu saya sangat mementingkan kebersihan diri; pembantu rumah juga perlu diajar soal kebersihan yang betul semasa latihan mereka," katanya.

Noriyah, yang mendapatkan khidmat pembantu rumah warga Indonesia tiga tahun lalu berkata pembantu rumahnya itu hanya akan pulang ke kampung halaman sekali setahun semasa sambutan Hari Raya.

pembantu rumah, Bangladesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain