MELAKA: Dua tukang cuci memadu kasih di dalam sebuah bilik kelas sebuah sekolah menengah di sini, sama blok dengan lokasi seminar cara menjawab peperiksaan SPM yang dihadiri 50 pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut diadakan. Gadis tukang cuci berusia 17 tahun itu mendakwa dipaksa rakan sekerjanya untuk melakukan hubungan seks pada 6 Februari lalu. Dua hari kemudian, gadis tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah mendakwa dia dirogol. Dalam laporannya, gadis itu mendakwa rakan sekerjanya mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik kelas di tingkat empat bangunan sekolah itu kira-kira pukul 9 pagi Sabtu lalu. Mangsa mendakwa sedang membersihkan bilik kelas apabila didatangi rakan sekerja lelaki berusia awal 20-an yang memaksanya untuk melakukan seks. Gadis itu berkata dia mengalah selepas dipujuk lelaki tersebut. Mereka memasuki bilik kelas yang kosong tanpa menyedari seramai 50 pelajar perempuan Tingkatan Lima sekolah itu menghadiri seminar di tingkat dua bangunan berkenaan. Ibu mangsa kemudiannya terbaca mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar anaknya itu kepada lelaki tersebut yang meminta dibekalkan pil perancang kehamilan. Dia meminta anak perempuannya itu untuk membuat laporan polis. Seorang ibu kepada pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut yang ingin dikenali sebagai Yati berkata, insiden bilik kelas dijadikan tempat memuaskan nafsu semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. "Itu yang menjadi topik hangat di kalangan pelajar. Perbuatan sumbang itu adalah tidak baik untuk minda anak muda," katanya. Exco Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md Yunos Husin berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut. "Saya berasa jijik apabila mendengar berita itu. "Tukang cuci diupah untuk membersihkan sekolah, bukan menjadi ia sebagai tempat mereka membuat janji temu," katanya. Md Yunos berkata beliau telah meminta Jabatan Pelajaran Negeri untuk memanggil kontraktor berkenaan.