suria

Polis Pergiat Usaha Kesan Doktor 'Hilang'

Zainol Samah.

KUALA LUMPUR: Polis mempergiatkan usaha mencari doktor bertugas di Parlimen yang hilang, Dr B.Sugumaran dengan memanggil ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata polis telah memanggil sepupu doktor tersebut, D. Nithiananthan, 43, untuk membantu siasatan selepas laporan orang hilang dibuat pada Rabu oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran.

"Kami turut menghantar anggota untuk bertemu kakitangan di Hospital Kuala Lumpur bagi mengesan beliau.

Dr Sugumaran, 50, yang bertugas untuk Hospital Kuala Lumpur, ditempatkan di klinik di bangunan Parlimen sejak 10 tahun lalu.

Beliau tidak pulang ke rumahnya di Taman Sri Rampai, Setiawangsa di sini sejak 3 Januari lalu.

Zainol berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan doktor tersebut kerana polis sedang menjalankan siasatan.

"Kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti kes ini," katanya ketika ditanya sama ada terdapat sebarang unsur jenayah berkaitan kehilangannya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran, Kulasegaran di talian 012-503 4346 atau Nithiananthan di talian 016-217 9619.

doktor hilang, Dr B.Sugumaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain