suria

Pekerja Asing: MoU Malaysia-Bangladesh Tidak Terjejas

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk membeku pengambilan pekerja asing tidak akan memberi kesan kepada dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh, jelas Datuk Seri Richard Riot.

"Penjelasan lanjut mengenai keputusan membekukan pengambilan pekerja asing ini akan diumumkan oleh kerajaan," jelas Menteri Sumber Manusia itu dalam kenyataan ringkas pada Sabtu.

Bagaimanapun Riot mengalu-alukan keputusan positif, yang jelas menunjukkan keutamaan kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

Pada Jumaat, kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggantungan itu dilakukan sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua tahap untuk pekerja asing.

Beku Pekerja Asing, Richard Riot

Artikel Lain