suria

Serpihan Disyaki Milik MH370 Akan Dianalisis Di Malaysia

Liow Tiong Lai.

KARAK: Serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ditemui di Mozambique, tiba di Malaysia pada Khamis.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan pesawat yang mempunyai perkataan No Step itu akan dianalisis oleh pakar bagi mengesahkan sama ada ia adalah milik MH370.

"Kita akan hantar ke Australia untuk pemeriksaan lanjut," kata Tiong Lai kepada pemberita pada Khamis.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

MH370

Artikel Lain