suria

Rakyat Malaysia Bertanggungjawab Terhadap Reformasi Negara

Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Tidak sekadar ahli politik, seluruh rakyat Malaysia mesti memulakan revolusi untuk mengubah negara ini, kata Nurul Izzah Anwar.

"Kita bercakap tentang menyelamatkan negara ini, masa depan, jika rakyat Malaysia tidak berani, jangan bercakap tentang perubahan," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika bercakap dengan orang ramai dalam satu ceramah politik di Bangsar pada Jumaat.


"Anda mesti memulakan revolusi, ia memerlukan usaha semua orang. Mereka yang pintar dengan Facebook, e-mel, WhatsApp, buat rakaman, buat catatan dan beritahu rakan-rakan anda."

"Jika kita memulakannya sekarang saya percaya tidak kira berapa ramai 'cybertrooper' Umno sekali pun, mereka tidak akan dapat melawan kebenaran," katanya.

Nurul Izzah mendakwa Malaysia sedang berdepan krisis yang paling besar, yang menjadi sebab mengapa reformasi harus berlaku.

"Ya, kita mahukan pembaharuan tetapi keadaan pembaharuan dilakukan oleh rakyat Malaysia,"katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan