suria

Ahli Umno Tidak Terpengaruh Dengan Surat Terbuka Tun M

Irmohizam Ibrahim

KLANG: Anggota Umno tidak akan sesekali terpengaruh dengan sebarang usaha untuk memecahbelahkan parti dan akan sentiasa berdiri teguh bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden parti.

Menegaskan demikian, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata anggota parti di peringkat akar umbi dan barisan pemimpin tertinggi menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno. 

"Anggota Umno adalah mereka yang berpegang teguh kepada perlembagaan parti dan menyokong pemimpin parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Free Market di sini, Ahad. 

Beliau mengulas surat terbuka Dr Mahathir semalam kepada para anggota Umno di peringkat cawangan, yang viral di media sosial. 

Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor mengingatkan Umno dan kerajaan supaya tidak diheret ke dalam polemik politik pembangkang sebaliknya mencari idea-idea baharu bagaimana untuk membantu rakyat. 

"Rakyat terutamanya generasi muda sudah bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan ini. 

"Umno perlu fokus terhadap rakyat dan bersatu bagi menghadapi cabaran yang sebenar iaitu cabaran ekonomi, keselamatan dan bagaimana untuk menangani peningkatan kos sara hidup," katanya. -- Bernama

Artikel Lain