suria

Dua Serpihan Pesawat Tiba Di Australia

KUALA LUMPUR: Dua serpihan ditemukan di Mozambique tibadi Australia pagi Ahad untuk pemeriksaan dan pengesahan sama ada ia milik pesawat MH370 yang hilang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Proses pemeriksaan itu dijadual bermula esok (21 Mac), katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 akan membantu dalam pemeriksaan dananalisis serpihan itu oleh pakar-pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Malaysia Airlines danBoeing untuk mengesahkan asal usulnya.

Liow berkata: "Kedua-dua serpihan itu akan hanya diperiksa di Canberradengan kehadiran pakar-pakar berkenaan.

"Proses pemeriksaan akan bermula pada 21 Mac, dengan bantuan pasukan pakar,kami berharap untuk mendapat hasil keputusan pemeriksaan serpihan itu dengan secepat mungkin".

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Usaha mencari pesawat itu sedang dilakukan diselatan Lautan Hindi.

Serpihan pertama ditemukan di Mozambique manakala serpihan kedua jugaditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.

Pasukan Malaysia dianggotai DCA, Malaysia Airlines dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 mendapatkan serpihan itu daripada pihak berkuasa Afrika Selatan.

"Dengan mengambil kira kesedihan dialami keluarga penumpang dan anak kapalMH370, saya sekali lagi menggesa orang ramai dan pihak berkepentingan untuk mengelak membuat spekulasi dan komen tidak berasas sehingga asal usul kedua-dua keping serpihan itu disahkan oleh kapal," kata Liow.

Satu-satunya serpihan milik MH370 yang ditemukan setakat ini adalah sekeping flaperon yang ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis pada Julai tahun lepas.

Liow berkata Malaysia komited sepenuhnya dalam meneruskan usaha mencariMH370 dan akan memaklumkan sebarang perkembangannya dari semasa ke semasa kepada keluarga penumpang dan anak kapal.-Bernama

MH370, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan