suria

Polis Buka Empat Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir - KPN

KANGAR: Polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Dalam kes-kes tertentu, ucapan Dr Mahathir boleh dianggap melampaui batas kerana mengancam keselamatan dan menuduh seolah-olah tiada lagi demokrasi berparlimen di Malaysia.

"Tun Mahathir adalah negarawan yang dihormati. Kita minta dia menghormati perlembagaan Persekutuan dan jangan cuba menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh ditakrif mengancam demokrasi berparlimen di Malaysia," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada perbincangan meja bulat dan bengkel permasalahan sempadan di Mess Pegawai Kanan Polis Perlis di sini, hari ini yang dihadiri pegawai kanan polis dari seluruh negara.

Program sehari itu dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat pihak tertentu terhadap Dr Mahathir yang sering mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tun M, Polis, Negarawan

Artikel Sebelum

Artikel Lain