Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida juga membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.
Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira 1 juta pengikutnya di laman sosial itu, kira-kira pukul 1 pagi Khamis lalu.
"Banyak gambar saya dimuat naik dalam Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip di Instagram milik saya.
Dr Vida berkata pada hari sama, beliau memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun beberapa jam kemudian akaun Facebooknya tidak boleh diakses kerana dipercayai telah digodam.
"Selepas empat hari kejadian itu berlaku, saya dapati sekeping gambar telah dimuat naik disusuli dengan pautan senarai nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah," katanya.
Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang telah menggunakan identitinya untuk tujuan yang salah kerana ia memberi kesan terhadap reputasinya.
Ketua Balai Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mengesahkan laporan itu.