AVA menyatakan bahawa ubat-ubatan veterinar tidak dibenarkan dalam makanan termasuk udang dan udang kecil.
"Udang yang didapati mengandungi sisa ubat-ubatan veterinar seperti nitrofurans dan amphenicols tidak dibenarkan diimport atau dijual," kata AVA dalam laman Facebook, Jumaat.
Sebagai sebahagian daripada program pengawasan dan pemeriksaan rutin, AVA berkata udang dan udang kecil yang diimport - segar atau beku - dipantau dan sampelnya diambil untuk keselamatan makanan dan mematuhi piawaian dan keperluan kami.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dilaporkan mungkin menahan import udang dan udang kecil dari Malaysia selepas menemui sisa nitrofurans dan chloramphenicol semasa penghantarannya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menyiasat dakwaan bahawa udang dan udang kekil dari Malaysia mengandungi sisa ubat-ubatan semasa penghantaran ke Amerika Syarikat.