JOHOR BARU: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana kesalahan memuatnaik komen menghina institusi diraja Johor di laman Facebook. Terduduh, Muhamad Isyraf Shamsudin, 19 didakwa melakukan perbuatan itu melibatkan isu bola sepak pada 10 Februari lalu. Siasatan mendapati status yang dimuatnaik mengunakan Facebook atas nama Muhd Israf mempunyai niat untuk menyebabkan gangguan kepada orang lain, terutama kepada institusi diraja Johor. Remaja itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada Rabu. Muhamad Isyraf yang berasal dari Pasir Mas Kelantan, disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 2 Jun adalah tarikh sebutan kes itu.