suria

Tindakan Pantas Kakitangan Sekolah Halang Kebakaran Merebak

KOTA KINABALU: Tindakan pantas kakitangan di SMK Tandek, Kota Marudu berjaya menghalang kebakaran daripada merebak di asrama pelajar perempuan sekolah terbabit.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari salah sebuah bilik di tingkat tiga, bangunan tiga tingkat itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis dan berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan seorang kakitangan sekolah tersebut yang menyedari kebakaran itu mengambil langkah segera memastikan semua pelajar meninggalkan asrama berkenaan dan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khatizah Rahaban berkata anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 9.48 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bilik berdekatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat.

SMK Tandek, kebakaran, asrama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain