suria

Wee Jalani Pembedahan Tulang Belakang

Wee Ka Siong.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan menjalani pembedahan tulang belakang di luar negara pada minggu ini diikuti dengan tempoh singkat untuk berehat dan proses pemulihan.

Menurut satu kenyataan dari pejabatnya pada Isnin, semua tugas rasmi Wee akan diambil alih Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sepanjang tempoh tersebut.

Wee berjanji akan kembali menjalankan semula tugasnya dan terus berkhidmat kepada rakyat serta negara dalam kadar segera.

Wee Ka Siong, MCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain