suria

Chia Mampu Menyanyi, Menari Dengan Baik Seperti Penyanyi Wanita Bollywood

Chia (kanan) ketika bertemu penyanyi veteran pujaannya S.Janaki di India Mac lalu.
KLANG: Penyanyi Willian Chia Ah Ting sentiasa mencuri perhatian ramai setiap kali berada di pentas.

Ini kerana, beliau akan menari dan menyampaikan lagu-lagu-Tamil yang disampaikannya dengan suara seorang perempuan.

Menurut Chia, 35, dia mula 'meniru' suara seorang perempuan ketika masih di sekolah menengah.

"Saya pernah menyanyi dengan suara Ning Baizura dalam pertandingan mencungkil bakat dan menang beberapa kali," kata Chia, yang juga merupakan seorang jurumekap terlatih.

Sehinggalah pada suatu hari beliau mendengar sebuah lagu Tamil, Nenjinile Nenjinile dari filem blockbuster Uyire yang dinyanyikan oleh penyanyi veteran India S. Janaki.

Sejak itu beliau menjadi peminat setia S. Janaki.

"Dia berusia 60 tahun ketika dia menyanyikan lagu itu tetapi suaranya seperti seorang gadis yang sangat muda," kata Chia.

Minatnya terhadap penyanyi itu begitu besar sehingga dia mengesan salah seorang anak saudaranya di Facebook dan mengatur pertemuan dengan Janaki di rumahnya di Hyderabad, India.

"Bertemu idola saya pada Mac tahun ini adalah salah satu acara kemuncak dalam hidup saya," kata Chia.

Chia, yang dilahirkan dan dibesarkan di estet Padang Meiha di Kulim, Kedah, fasih berbahasa Tamil, Telugu, Mandarin, Teochew, Hokkien dan Bahasa Malaysia.

Dia belajar bahasa Tamil dan Telugu di estet yang mana ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah.

"Mendiang ibu saya Chew Guat Hoon berdarah kacukan India-Hainan manakala bapa saya Chia Liang Hee adalah keturunan Teochew," kata Chia, yang merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik.

Chia berkata beliau berharap untuk merakamkan album serta dapat berpindah ke India dan bekerja dalam industri filem di sana.


https://www.youtube.com/watch?v=FAtPTokiuJY

https://www.youtube.com/watch?v=Oft5VIA2vr4

S.Janaki, Willian Chia Ah Ting

Artikel Lain