suria

Nahas Helikopter: Akhirnya Mayat Juruterbang Ditemui

Lakaran pihak bomba menunjukkan lokasi penemuan semua mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sarawak.

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mangsa keenam dan terakhir nahas helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar dekat sini pada pukul 10.15 pagi, Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan memberitahu mayat yang ditemui adalah mangsa keenam dan terakhir dalam misi pencarian

"Mangsa terakhir ini ditemui di bahagian hulu sungai berhampiran pos kawalan bomba Sebuyau," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dipercayai bahawa mangsa berkenaan adalah juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Bagaimanapun sehingga kini pihak forensik masih belum mengesahkan mengenai identiti mangsa berkenaan.

Helikopter malang jenis Eurocopter AS350 yang dipandu Ragas membawa lima penumpang lain dan semuanya maut dalam kejadian itu dipercayai akibat disambar petir.

Mangsa lain yang telah ditemui adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan