"Ia bukan pelawaan daripada kami, ia adalah daripada menteri besar (Azmin)," kata ketua pembangkang di ibu pejabat PKR di sini.
Apabila ditanya mengenai PAS yang meminta PKR untuk menyertai blok pembangkang ketiga bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Wan Azizah berkata ia hanyalah tindak balas kepada jemputan Azmin semata-mata.
"Biar saya jelaskan bahawa ia bukan satu langkah perdamaian, ia hanya reaksi kepada jemputan oleh menteri besar," kata Wan Azizah, yang juga Presiden PKR.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohammad Amar Abdullah kemudian berkata bahawa PKR perlu menyertai 'kuasa ketiga' mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.