suria

Zainuddin Ahmad Kini Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman

Datuk Zainuddin Ahmad
KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
 
Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa akan menggantikan Zainuddin dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Asisten Komisioner Lim Leong Hock yang sebelum ini bertugas sebagai urusetia pentadbiran dinaikkan pangkat menjadi Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Pentadbiran) dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Turut dinaikan pangkat Asisten Komisioner Nik Abdul Aziz Nik Abdul Razak, Asisten Komisioner Mohd Kamal Mohd Yasin, Superintendan Anuar Othman, Superintendan Hamdan Abas, Superintendan Mohd Raus Ab Wahab dan Superintendan Azman Omar.

Artikel Lain