suria

'Datuk Seri Imigresen' Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun kerana menyamar sebagai pegawai Imigresen dengan gelaran 'Datuk Seri' untuk menipu majikan pekerja asing.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, lelaki itu ditahan di kawasan Jalan Bukit Bintang kira-kira pukul 2 petang pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, suspek memakai jaket "Kementerian Dalam Negeri" dan menunjukkan kad nama palsu Jabatan Imigresen yang membawa nama Datuk Seri Chong Kok Man.

Beliau berkata, suspek mendakwa dapat memperbaharui permit pekerja dan akan mengenakan caj antara RM600 dan RM2,000 kepada majikan.

ACP Zainol berkata, suspek akan bertemu mangsa berhampiran pejabat Imigresen Putrajaya atau di Bukit Bintang untuk mengambil wang sebelum menghilangkan diri.

"Kami percaya suspek aktif sejak dua tahun lalu," katanya ketika sidang media pada hari Jumaat.

ACP Zainol berkata, suspek pernah ditahan kira-kira 24 tahun yang lalu untuk 10 kes yang sama dan dijatuhi hukuman satu tahun penjara.

Beliau menggesa mangsa untuk membuat laporan polis.

Artikel Lain