suria

PRK Kuala Kangsar: Abu Backer Tak Jadi Bertanding

Datuk Abu Backer ditemui wakil media.

KUALA KANGSAR: Datuk Abu Backer Sidek mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk tidak meneruskan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Beliau yang sering mencetuskan kontroversi ketika bertanding sebagai calon Bebas di PRK Bukit Gelugor pada 2014 mendakwa kecewa dengan layanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadapnya.

Terdahulu, kelibatnya di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad mencuri tumpuan pihak media apabila beliau memaklumkan berhasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Artikel Lain