BERIKUT adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad: 9.30 pagi: Tokoh Akademik Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba turut hadir di pusat penamaan calon. Beliau adalah bapa saudara kepada calon BN, Datin Mastura. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra dengan Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba. 9 pagi: Kelihatan pemimpin Amanah datang ke khemas penyokong PAS untuk beramah mesra. Antara yang dilihat ialah bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Datuk Abu Backer ditemui wakil media. 8.58 pagi: Datuk Abu Backer Sidek turut hadir untuk menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas. Kehadiran bekas peguam itu mencuri tumpuan kerana beliau pernah bertanding sebagai calon Bebas di PRK Bukit Gelugor. Anak-anak Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad. 8.53 pagi: Anak calon BN, Mastura Mohd Yazid turut hadir di pusat penamaan calon. 8.39 pagi: Segelintir penyokong PAS menghampiri penyokong Amanah namun dihalang oleh petugas parti kerana bimbang berlaku provokasi. Calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli bersama pemimpin Pakatan Harapan. 8.36 pagi: Kepimpinan Pakatan Harapan menemani calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli. 8.33 pagi: Kumpulan penyokong Amanah turut membanjiri lokasi berhampiran Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Kebanjiran penyokong Amanah. 8.29 pagi: Barisan kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemani calon, Dr Najihatussalehah Ahmad. 8.23 pagi: Petugas media membanjiri kawasan depan pusat penamaan calon. Suasana di hadapan pusat penamaan calon. 7.10 pagi: Penyokong parti politik mula berkumpul di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. 7 pagi: Laluan ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar dikawal ketat oleh anggota keselamatan.