suria

Tiada Wang Tebusan Dibayar Kepada Abu Sayyaf

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Ligitan pada 1 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua empat mangsa telah dibebaskan dan dibawa balik oleh pasukan petugas khas polis, awal pagi Rabu.

"Berdasarkan gambar-gambar yang saya lihat, keempat-empat mereka dilihat dalam keadaan yang sihat.

"Mereka di Sandakan sekarang dan akan pergi ke Kota Kinabalu hari ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik pada 1 April lalu ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.

Kesemua mereka dibebaskan pada lewat malam Selasa lalu. 

Abu Sayyaf, Khalid Abu Bakar

Artikel Lain