PETALING JAYA: Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. memilih Star Media Group, sebagai lokasi ketiga jelajah memasak bubur lambuk bersama media yang diadakan di perkarangan Menara Star, Petaling Jaya pada 28 Jun lalu. Sebanyak 2,000 mangkuk bubur lambuk dapat disediakan yang mana ia diagihkan kepada orang ramai dan beberapa surau terpilih. Dalam program itu, Adabi turut memperkenalkan jualan atas talian (E-mall) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai produk keluaran syarikat itu. Ikuti laporan mStar TV.