"Tidak ada pertikaian konflik kepentingan kerana Lim tidak mempunyai pengaruh atau kawalan ke atas pihak pendakwaan," kata CEC selepas bermesyuarat, Jumaat.
CEC juga telah 'menyuarakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi' untuk Guan Eng terus memimpin parti itu sebagai setiausaha agung.
Satu jawatankuasa kebangsaan telah dibentuk untuk menunjukkan sokongan, simpati dan solidariti terhadap Guan Eng.
GUan Eng juga menafikan satu lagi tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli rumahnya daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah RM4.27 juta pada 28 Julai 2015.
Phang, 44, didakwa atas pertuduhan bersubahat menjual banglo di Pinhorn Road kepada Guan Eng pada 28 Julai 2015 di bawah nilai pasaran sebenar.