Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata, selepas melihat kepada tuntutan dan hujah-hujah oleh syarikat itu, pihak berkuasa penerbangan telah melepaskan syarikat penerbangan itu berhubung paparan iklan tersebut.
"Tiada apa yang salah dengan iklan tersebut. Anda boleh melihat AirAsia juga mempunyai iklan Manchester United," katanya pada Rabu.
Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Kapten Sheikh Salleh Abod berkata iklan 'Monspace' pada pesawat milik Suasa Airlines adalah sesuatu yang diketahui oleh DCA.