suria

Tidak Mustahil Pembangkang Bersatu - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Menyatukan parti pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi namun ia tidak mustahil dilakukan, demikian menurut bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang kini merupakan Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata mereka bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang termasuk PAS.

Beliau berkata, pihaknya telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan maklum balas yang diberikan terhadap parti Bersatu adalah baik.

Secara kolektifnya Muhyiddin berkata, pembangkang perlu mencari jalan untuk membentuk kerajaan baharu.

"Ini bukan sesuatu yang tidak dapat diatasi. Sokongan kepada Barisan Nasional adalah menurun," katanya pada sidang media pertama Bersatu di sini, Ahad.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi penaja, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Lain