suria

Malaysia Minta Diplomat Selesaikan Tuntutan Mahkamah Secara Baik

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengarahkan seorang diplomat Malaysia yang berdepan tuntutan mahkamah di New York supaya menyelesaikan isu itu secara baik.

"Ini adalah kes sivil membabitkan satu persetujuan kontrak persendirian, oleh itu akan ditangani sejajar dengan proses perundangan yang sewajarnya," menurut kenyataan kementerian itu.

Kenyataan itu menyebut kementerian mengambil maklum bahawa satu tuntutan mahkamah telahpun difailkan di New York terhadap seorang penjawat awam warga Malaysia yang sebelum ini bertugas di Pejabat Konsul Jeneral di New York.

Kementerian itu menjelaskan perkara itu telahpun dibawa kepada perhatian pegawai terbabit dengan arahan supaya kes itu diselesaikan secara baik.

Menurut akhbar The New York Post, seorang diplomat Malaysia dan pasangannya disaman kerana didakwa memperlakukan pembantu rumah mereka warga Sri Lanka seumpama seorang hamba.

Pasangan itu didakwa meminta wanita tersebut bekerja lebih 15 jam sehari dengan bayaran tidak lebih daripada US$1.71 (RM6.95) sejam - "apabila dia dibayar sekalipun". - BERNAMA

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia