suria

Aliran Trafik Ke Utara, Selatan Terkawal Setakat 8 Pagi

KUALA LUMPUR: Aliran trafik ke utara dan selatan dilapor terkawal setakat 8 pagi Isnin, menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad.

Beliau memaklumkan trafik bergerak perlahan hanya di kawasan kemalangan di KM 21.4 Bukit Lanjan menuju Kota Damansara.

Sebuah motosikal terbabas dan penunggang maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Kemalangan itu membabitkan lorong kiri dan trafik masih terkawal. Keadaan cuaca pagi ini juga baik," katanya di sini, Isnin.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak menghala ke timur lancar dan terkawal.

"Trafik mungkin meningkat tengah hari ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Aliran Trafik, Aidiladha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banyuwangi Melekat Di Hati

Artikel Lain