Presiden JICCI Tan Sri Kenneath Eswaran berkata dewan itu sebulat suara menyokong konsep tersebut, berikutan mesyuarat baru-baru ini yang membincangkan hal-hal pentadbiran dan keadaan ekonomi di negara ini.
"Ahli-ahli majlis sebulat suara menyokong konsep Bangsa Johor yang dimulakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"JICCI menggesa Dr Mahathir supaya tidak campur tangan atau mengkritik konsep itu," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Beliau berkata, ini adalah sama sekali bertentangan dengan konsep Bangsa Johor yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.
Bulan lepas, Sultan Johor menegur Dr Mahathir berhubung penolakan konsep itu.