suria

Dr Fauziah Selamat, Dibebaskan

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan satu-satunya rakyat Malaysia di atas kapal Zaytouna-Oliva ke Gaza, Dr Fauziah Mohd Hassan, yang ditahan pihak berkuasa Israel Rabu lepas, selamat dan telah dibebaskan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata atas permintaannya, Dr Fauziah, 59, akan menaiki penerbangan dari Tel Aviv, ke Bangkok.

"Kementerian Luar mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melahirkan rasa bimbang dan sokongan mereka dalam perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.

Seramai 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah dan tiga anak kapal, yang dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza dalam misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), ditahan pada 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.

Perjalanan mereka bermula pada 14 September lalu dari pelabuhan Vell di Barcelona.

Mereka berhenti di Ajaccio, Perancis pada 19 September lalu selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua. - BERNAMA 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain