suria

KSWP Sedia Tingkat Simpanan Persaraan Kepada RM250,000

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) akan meningkatkan jumlah simpanan kepada RM250,000 pada tahun depan bagi memastikan ahli menikmati kehidupan yang lebih baik apabila bersara.

Pengerusi Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD), Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, langkah itu merupakan satu keperluan apabila Malaysia menjadi negara yang didiami ramai pesara dan lebih tiga perempat ahli tidak memiliki simpanan yang mencukupi apabila bersara.

"Setakat ini, jumlah simpanan KWSP bagi setiap ahli bagi menampung kehidupan sebagai pesara adalah RM196,800.

"Bagaimanapun kira-kira 78 peratus pekerja berusia 54 tahun memiliki simpanan KWSP lebih rendah daripada jumlah tersebut.

"Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan meneliti cadangan meningkatkan jumlah simpanan menjadi RM250,000 pada tahun depan," kata beliau.

Ahmad Husni berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat Malaysia yang semakin menghampiri usia persaraan daripada mengalami masalah kewangan ekoran kekurangan simpanan.

"Mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia menjadi negara yang didiami ramai golongan tua menjelang tahun 2030 dan kira-kira 20 peratus daripada populasi penduduk berusia atas 60 tahun.

"Bayangkan situasi yang bakal berlaku selepas itu," katanya.

Selain itu, Ahmad Husni meminta Kerajaan melakukan persediaan kewangan, infrastruktur dan sosial bagi menghadapi populasi emas.

"Jika seorang penduduk tidak mampu menyara diri sendiri, Kerajaan perlu membantu," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain