suria

Kening Murid Tahun Enam Tertusuk Gunting

SABAK BERNAM: Seorang murid Tahun Enam terpaksa menahan kesakitan apabila gunting tertusuk di kening mata kanannya.

Kejadian berlaku di makmal sekolahnya pada tengah hari Rabu.

Difahamkan murid sedang memegang gunting sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.

"Dia tersadung lalu jatuh. Gunting yang dipegang tertusuk kening matanya," kata sumber.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana gunting tersebut tidak tertusuk mata kanannya.

Murid berkenaan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan kecemasan untuk mengeluarkan gunting.

Pihak sekolah telah menghantar laporan berhubung insiden kepada Jabatan Pendidikan Selangor.

Artikel Lain