suria

Warga Bangladesh Mati Mengejut Akibat Disamun

TAIPING: Polis mengkasifikasikan kes seorang lelaki warga Bangladesh yang meninggal dunia dalam kejadian samun di sini semalam sebagai mati mengejut.

Kejadian samun pada kira-kira 6 petang Jumaat berlaku ketika mangsa berumur 26 tahun dengan seorang rakan berumur 30-am sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pasar di sini.

Ketua Polis Daerah ACP Harrith Kam Abdullah berkata berdasarkan siasatan mangsa yang meninggal di Hospital Taiping mati kerana 'Infarct Necrosis of the Heart'.

"Bagaimanapun, bedah siasat belum selesai dan siasatan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu. 

Harrith Kam berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan dua suspek direman mulai semalam sehingga 28 Oktober ini.

Samun

Artikel Lain