Penganalisis Penyelidikan Forex Time Lukman Otunuga berkata Bajet 2017 meningkatkan sentimen dalam ekonomi Malaysia kerana ia memberikan kejelasan bagaimana negara akan menangani isu-isu pada tahun mendatang.
"Topik utama berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan, meningkatkan pelaburan bagi perniagaan kecil dan sederhana dan mengurangkan defisit bajet.
"Malaysia terus berusaha untuk mendapatkan kestabilan ekonomi dan justeru itu memaparkan dalam bajet usahanya untuk meningkatkan perpaduan dan pertumbuhan ekonomi," katanya.
"Dengan inflasi diunjur pada tiga peratus pada 2017 dan eksport 2.7 peratus, keseluruhan prospek bagi Malaysia kelihatan menggalakkan," katanya.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan mengukuh berbanding dolar Amerika kepada 4.1830/1890 daripada 4.1980/2050.
Ringgit juga ditutup kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0027/0078 daripada 3.0247/0302 pada Jumaat minggu sebelumnya, tetapi susut berbanding yen kepada 4.0279/0341 daripada 4.0230/0301.
Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.1158/1248 berbanding 5.1249/1339 minggu sebelumnya dan meningkat berbanding euro kepada 4.5595/5677 daripada 4.6245/6331.