suria

Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Cetus Tanda Tanya

PETALING JAYA: Aksi seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di lebuh raya PLUS baru-baru ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai sama sama ada ada penunggang itu kurang siuman atau sengaja bertindak sedemikian.

Kejadian itu dirakamkan oleh seorang kelindan lori di lebuh raya PLUS dari arah Nilai menghala ke Dengkil pada 20 Oktober lalu.

Dalam rakaman itu, penunggang motosikal terbabit masih memakai topi keledar tetapi tidak mengenakan seurat benang pada tubuhnya.

Identiti lelaki itu tidak dapat dipastikan, namun rata-rata netizen yang mengeluarkan komen mendakwa penunggang motosikal tersebut kurang siuman.

Malah ada yang membangkitkan kemungkinan bahawa lelaki tersebut disamun sehingga menyebabkan keadaannya menjadi sedemikian.

Tiada pihak yang tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu setakat ini.

Viral, Bogel

Artikel Lain